Dulu aku ikut Arqam 7 tahun, banyak cerita tentang kerohanian, tapi akhirnya pengikut jadi taksub buta pada Abuya. Sampaikan apa yang Abuya buat semuanya dianggap ada muslihat kerohanian. Walaupun tahu Abuya tu bukan maksum, tapi jauh disudut hati masih menganggap beliau bersih dan terpelihara dari dosa walupun tak setaraf nabi.
Lepas keluar Arqam aku ikut seorang guru selama 8 tahun. Hampir tiap tiap malam zikir. Semuanya OK , zikirnya OK syariatnya OK, Gurunya pun tak benarkan taksub kepada beliau dan mana mana guru pun kerana katanya ini akan menjadi hijab antara kita denga ALLAH. Lansung tak ada unsur unsur duit dan wanita. Kata guru kalau ada 2 unsur ni, angkat kaki blah cepat cepat sebab menempuh jalan ALLAH tak perlu duit ( maksudnya tak de bayaran lah tu).Pendek kata semuanya OK lah. Cuma yang aku jadi musykil adalah perwatakn guru aku yang agak panas baran. Pada pandangan aku , kalau kita dah mengguasai hati dan nafsu macam mana pulak sifat pemarah tu masih bermaharaja lela.
Jadi aku minta sesiapa yang mahir dan pakar dalam bidang ni dapat membantu dan berkongsi ilmu dan pandangan.
Sekian
Tuesday, June 16, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)
